fbpx

Polis bongkar stor simpan heroin, mushroom di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas.

GEORGE TOWN – Polis melumpuhkan dua sindiket apabila merampas dadah bernilai lebih RM1.3 juta dalam operasi di Butterworth dan George Town sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut memberkas tujuh suspek termasuk seorang wanita Vietnam.

Operasi pertama dijalankan pada pukul 7 pagi hingga 5 petang semalam di Butterworth dengan tiga suspek berusia 25 hingga 34 tahun terdiri daripada dua lelaki bekerja sebagai jurujual emas dan penganggur ditangkap.

“Turut ditahan wanita Vietnam yang merupakan kekasih salah seorang suspek tersebut,” katanya hari ini.

Menurut Hamzah, pihaknya merampas dua bungkusan plastik mengandungi 385 peket dadah MDMA seberat 5.95 kilogram (kg) dan satu peket berisi serbuk ketamin seberat 915.71 gram (g).

“Sindiket bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu dan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 50,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya.

Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif methamphetamine, amphetamine, ketamin dan benzo.

”Kita turut menyita kereta, barang kemas, jam tangan berjenama dan wang tunai berjumlah RM56,000. Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan adalah sebanyak RM1.05 juta,” katanya.

Operasi kedua pula dilaksanakan pada Jumaat dan kelmarin selepas polis menyerbu sebuah stor penyimpanan dadah di George Town dengan penahanan empat lelaki tempatan berusia 24 hingga 48 tahun.

“Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin dan tujuh peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis sama seberat 4.99kg.

”Turut dirampas tiga peket plastik berisi daun kering mushroom dan 544 batang rokok mengandungi dadah sama seberat 942 gram,” katanya yang memberitahu sindiket aktif sejak pertengahan 2024.

Polis turut menyita kereta dan barang kemas. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan adalah RM219,215. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI