TRENTON, NEW JERSEY – Sekurang-kurangnya lima orang cedera apabila sebuah lori sampah merempuh pasar raya di negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post kelmarin.
Kemalangan berlaku sekitar pukul 2.12 petang (waktu tempatan) di bandar Bergen Utara, daerah Hudson.
Menurut polis tempatan, lori sampah itu melanggar sebuah treler di lebuh raya berhampiran sebelum terperosok ke dalam pasar raya.
“Pelanggaran itu mewujudkan satu lubang besar di tepi bangunan dan mencederakan kira-kira lima orang.
“Seorang wanita mengalami cedera parah selepas tercampak keluar dari tandas,” tambah polis.
Tiada kematian dilaporkan dan semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. – AGENSI