fbpx

Tunggu 11 tahun sebelum raih kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-RAJHI akhirnya berjaya muncul juara Rali Dakar selepas 11 tahun menyertai saingan tersebut. - AFP

SHUBAYTAH – Pelumba Arab Saudi, Yazeed Al-Rajhi mencipta sejarah apabila menjadi rakyat pertama negara itu memenangi Rali Dakar sejurus berjaya menawan perlumbaan paling mencabar di dunia tersebut.

Selepas 13 hari perlumbaan lasak melibatkan lebih 5,000 kilometer merentas padang pasir, Al-Rajhi berjaya menewaskan pelumba Afrika Selatan, Henk Lategan dengan kelebihan hanya tiga minit 57 saat dalam kategori kereta.

Lategan terpaksa berpuas hati tempat kedua apabila kesilapan arah pada Peringkat 9 membuka ruang kepada Al-Rajhi untuk memimpin perlumbaan dan turut memenangi perlumbaan peringkat terakhir di Shubaytah.

“Saya sangat gembira dan ia bukan perlumbaan yang mudah, malah yang paling mencabar selepas 11 tahun saya menyertai Rali Dakar.

“Saya dan rakan sepasukan, Timo Gottschalk dan kru pasukan telah melakukan kerja yang hebat seperti biasa. Sudah pasti, kami telah mencipta banyak rekod hari ini.

“Terutama menjadi pemandu Arab Saudi pertama yang menang dan juga dalam tempoh dua puluh lima tahun terakhir, tiada pasukan persendirian mengalahkan pasukan kilang, tetapi kami berjaya kali ini,” kata Al-Rajhi.

Pelumba Sweden, Mattias Ekstrom melengkapkan podium di tempat ketiga, 20 minit di belakang Al-Rajhi, manakala Al-Attiyah, juara lima kali, menduduki tempat keempat selepas terjejas akibat penalti 10 minit dan beberapa kesilapan navigasi.

Dalam kategori motosikal, Daniel Sanders dari Australia yang menampilkan aksi cukup dominan dan memenangi tiga peringkat pertama mengekalkan kedudukan tersebut hingga peringkat terakhir perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI