fbpx

EPL: Aston Villa bangkit raih satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS muncul penyelamat Villa selepas meledak gol penyamaan ketika mengikat Arsenal awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery bangga dengan sikap yang dipamerkan oleh para pemainnya ketika bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Arsenal 2-2 pada aksi awal pagi semalam.

Aksi di Villa Park itu menyaksikan Arsenal meledak gol pada babak pertama dan awal separuh masa kedua, namun Villa hanya memerlukan lapan minit bermula pada minit ke-60 hasil jaringan Youri Tielemans dan Ollie Watkins.

“Kami berjaya menunjukkan kekuatan terutama dari aspek mental. Sepanjang 90 minit aksi, kami berdepan kesukaran apabila Arsenal lebih banyak mendominasi perlawanan.

“Pada ketika tertentu, kami perlu bertahan dengan lebih kuat dan memerlukan ketangkasan penjaga gol, tetapi kami juga mempunyai peluang mengawal permainan, masuk ke dalam kotak penalti mereka dan hampir menjaringkan gol.

“Ketika ketinggalan 0-2, ia pastinya suatu yang sukar. Namun, kami tidak mengakui kalah dan menganggap kebangkitan suatu yang mustahil. Kami menunjukkan mentaliti yang luar biasa ketika meraih gol pertama dan gol kedua datang dengan lebih mudah,” katanya.

Tielemans memulakan kebangkitan Villa selepas melakukan tandukan yang hebat ketika merapatkan jurang sebelum Watkins menyudahkan hantaran lintang Matty Cash untuk Villa menafikan hasrat Arsenal meraih kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI