fbpx

EPL: Hatrik Kluivert cetus sensasi Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLUIVERT mencipta sensasi apabila meledak hatrik untuk Bournemouth ketika menentang Newcastle yang pernah diwakili bapanya. - AFP

TYNE – Penyerang Bournemouth, Justin Kluivert mencuri tumpuan apabila meledak hatrik dalam kemenangan luar biasa Bournemouth 4-1 ke atas Newcastle United di St James Park, kelmarin.

Lebih manis, kejayaan itu tercipta ketika menentang kelab yang pernah diwakili bapanya, Patrick Kluivert pada musim 2004/05 yang membuat 37 penampilan dan menjaringkan 13 gol.

Meskipun menentang skuad yang memiliki penyerang sensasi seperti Alexander Isak, Bournemouth tampil berani dan berjaya menghancurkan impian tuan rumah untuk mendaki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya tahu saya sudah menjaringkan banyak gol di sini berbanding ayah saya, jadi itu satu kemenangan buat saya. Ketika kecil, saya mengikuti Newcastle, tetapi malang bagi mereka apabila ‘Kluivert’ kini bermain untuk pasukan lain,” katanya.

Kemenangan itu turut melonjak Bournemouth ke tangga keenam liga, hanya satu mata di belakang Newcastle yang menghuni tempat keempat sekali gus merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dalam EPL.

“Kami boleh bermimpi besar. Keputusan seperti ini sangat luar biasa. Ia adalah perasaan terbaik di dunia. Kami saling percaya dan yakin antara satu sama lain. Itulah semangat dalam pasukan kami,” tambah Kluivert.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI