fbpx

Pak Cik OKU dibelasah pernah jadi peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang cedera dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, semalam pernah bekerja sebagai peniaga.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh seorang pengguna bernama Cikgu Mie, mangsa yang berusia 47 tahun itu merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

“Dia bukan orang yang tak pandai atau tak belajar agama, tetapi Allah mengujinya dengan penyakit mental. Sejak tamat sekolah, dia berusaha keras menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Kemaman untuk hidup seperti biasa, termasuk pernah membuka kedai di Centre Point.

“Dia seorang yang kuat berusaha dan tidak menyusahkan orang lain walaupun ketika itu sudah memiliki kad OKU. Namun, seiring waktu, dia mungkin semakin keliru dan kadang-kadang sukar mengawal kewarasannya,” jelasnya.

Menurut Cikgu Mie, masyarakat seharusnya bertindak dengan lebih bijaksana dan memahami keadaan individu seperti mangsa.

“Kita sebagai orang waras dan beragama Islam perlu menunjukkan contoh akhlak mulia, terutama di Terengganu Darul Iman. Tindakan sebegini bukan sahaja mencemarkan imej negeri, tetapi boleh memberi kesan buruk seperti ancaman boikot terhadap Pasar Tani Kemaman,” tambahnya.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan terjatuh, yang menjadi punca dia dipukul oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga dan pelanggan di pasar tani tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI