fbpx

[VIDEO] ‘Tolong Mr. Shou, tanpa TikTok kami akan bosan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai merayu CEO TikTok, Shou Zi Chew, untuk mempertahankan Tiktok di AS.

PETALING JAYA – Rakyat Amerika Syarikat (AS) merayu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew, untuk mempertahankan aplikasi popular itu selepas larangan penggunaan oleh Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun rasmi Tiktok, Shou Zi Chew mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas sokongan mereka.

“Kami menghargai setiap suara yang mempercayai platform ini sebagai tempat berkongsi kreativiti, kegembiraan, dan sokongan. TikTok akan terus berusaha memastikan pengguna dapat menggunakannya secara selamat dan bermanfaat,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di Tiktok mendapati, banyak rayuan diluahkan pengguna di platform itu yang menganggap aplikasi tersebut sebagai sebahagian penting dalam kehidupan harian mereka.

“Tiada tekanan, tetapi aplikasi ini telah membuka jalan untuk kerjaya muzik saya. Shou, tolong pertahankan TikTok, kami perlukan platform ini,” kata penyanyi indie, Fran Vasilić, yang mula dikenali melalui aplikasi tersebut.

“Walaupun memalukan untuk diakui, saya tidak ada kawan. Saya tidak keluar rumah kecuali untuk bekerja dan ke gereja. TikTok telah memberi saya ruang untuk mengalih perhatian daripada rasa sunyi. Saya harap TikTok akan kekal,” ujar Kmbs.

“Anda membuat saya menangis, Shou. Platform ini telah menjadi sinar harapan dalam kegelapan bagi ramai di antara kami, dan kami menghargai anda. Anda telah memberi banyak pilihan kewangan kepada ibu-ibu yang tinggal di rumah,” luah Ally.

“TikTok telah menyelamatkan hidup saya. Saya menemui TikTok selepas kehilangan suami dan hanya 8 bulan lalu, saya kehilangan anak saya. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan tanpa TikTok. Saya menemui kawan baik di sini,” tambah CarolSailer.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Mahkamah Agung AS telah mengekalkan larangan penggunaan TikTok, yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna di negara itu, atas alasan keselamatan negara. – KOSMO! ONLINE

@tiktokOur response to the Supreme Court decision.♬ original sound – TikTok

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI