fbpx

[VIDEO] Tiada lagi gelak ketawa, menangis bersama ‘Chinese Spy’ – TikTokers Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara imej Ai yang dijana oleh pengguna TikTok Amerika Syarikat sebagai ucapan selamat tinggal kepada platform tersebut.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial atau ‘TikTokers’ terutama dari Amerika Syarikat meluahkan kerinduan kepada TikTok berikutan mereka bakal mengucapkan selamat tinggal kepada platform itu.

Luahan kerinduan dan ucapan selamat tinggal itu turut dikongsikan menerusi video dijana menggunakan teknologi Generative Ai dengan tajuk ‘Goodbye Chinese Spy’ yang kini menjadi bualan di TikTok.

Difahamkan, ‘Chinese Spy’ itu merujuk kepada platform TikTok dan perkataan itu diwujudkan dalam kalangan pempengaruh di Amerika Syarikat sekadar jenaka atau sindiran.

Berdasarkan video-video Ai yang dikongsikan, antaranya menunjukkan pengguna TikTok sedang melihat telefon bimbit masing-masing dengan ditemani individu berpakaian tentera kononnya seorang perisik (spy) merujuk kepada TikTok.

“Goodbye TikTok, goodbye Chinese Spy, you watched us laugh and cry (selamat tinggal TikTok, selamat tinggal perisik China, anda lihat kami ketawa dan menangis),” menurut kapsyen video yang dikongsikan.

Dalam masa sama, pengguna TikTok dari seluruh dunia bersama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada TikTokers dari Amerika Syarikat memandangkan tidak dapat ‘bersua’ di platform itu selepas ini.

“Kelab TikTok Global merindui rakan-rakan Amerika. Terima kasih berkongsi kehidupan kepada kami. Harap dapat berjumpa di ‘Little Red Book’ (RedNote platform media sosial dari China),” komen seorang pengguna TikTok.

“Saya akan merindui rakan-rakan Amerika. Hari kami tidak akan sama tanpa anda,” kata seorang individu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya suka TikTokers Amerika. Video mereka membuatkan saya rasa seperti kawan dan saya percaya, rakan-rakan Amerika mereka kelakar dan penyayang. Jadi sedih bila video mereka tiada selepas ini,” kata pengguna TikTok dari Malaysia.

“TikTok menyatupadukan penduduk seluruh dunia dan saya banyak belajar pelbagai budaya dan tempat yang tak pernah tahu sebelum ini. Kita ni semua sama dengan pakej yang unik,” kata pengguna lain.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengekalkan undang-undang yang melarang penggunaan TikTok atas alasan keselamatan negara.

Ia sekali gus menunjukkan, jika syarikat induknya dari China, ByteDance tidak menjual aplikasi berkenaan, aplikasi itu berisiko dihentikan dalam tempoh dua hari sahaja.

Keputusan sebulat suara mahkamah itu meletakkan platform media sosial yang mempunyai 170 juta penggunanya di negara itu dalam keadaan tidak menentu dan nasibnya kini bergantung kepada Donald Trump, yang berikrar akan menyelamatkan TikTok selepas kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Undang-undang itu diluluskan dengan majoriti bipartisan besar di Kongres tahun lalu dan ditandatangani oleh Presiden Joe Biden, walaupun semakin ramai ahli perundangan yang sebelum ini menyokongnya kini mahu TikTok terus beroperasi di sana. – KOSMO! ONLINE

@mira.luna.rose Goodbye TikTok, Goodbye Chinese Spy… You Watched Us Laugh and Cry PT. 3 #tiktok #rednote #tiktokban ♬ Die With A Smile – Lady Gaga & Bruno Mars

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI