fbpx

Kes tipu umrah: Pemilik syarikat ditangkap semula babit penipuan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri berusia 31 tahun yang merupakan pemilik sebuah syarikat pengendali umrah akan ditangkap semula berkaitan satu lagi kes penipuan di Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

“Polis Johor sedang menyiasat kes ini manakala enam tangkapan yang lain telah tamat reman hari ini dan diberi jaminan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, polis menahan lapan individu termasuk pemilik syarikat kontroversi terbabit untuk membantu siasatan kes tipu umrah.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, setakat ini, sebanyak 42 laporan diterima iaitu 28 daripada mangsa, ejen dan kakitangan (13) serta satu laporan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Kes Selangor akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 379 mangsa yang berurusan dengan syarikat berkenaan terkandas untuk mengerjakan umrah pada 14 Januari lalu membabitkan kerugian berjumlah RM2.1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI