fbpx

Hati-hati ‘scammer’ pada Tahun Baharu Cina – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika menyerahkan sumbangan pada program Sumbangan Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Taman Seri Sentosa, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan (scam) semasa musim perayaan, termasuk menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Fahmi berkata, scammer (penipu siber) cenderung memanfaatkan situasi seperti perayaan untuk memperdaya mangsa, khususnya golongan warga emas pada musim perayaan.

“Tolong hati-hati. Ketika kita sedang bersiap untuk menyambut Tahun Baharu Cina, ramai scammer akan mengambil peluang untuk menipu, khususnya mereka yang membawa keluar wang untuk diberi kepada keluarga.

“Kalau ada yang menjadi mangsa penipuan, terus hubungi talian 997. Kita boleh cuba menghentikan pemindahan wang itu dan (mangsa perlu) buat laporan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas program Sumbangan Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Taman Seri Sentosa, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa penipu siber biasanya cekap membaca trend di kalangan pengguna, contohnya semasa musim perayaan atau acara tertentu seperti musim haji.

“Mereka tahu siapa sasaran mereka. Sebelum musim haji, scammer mungkin mensasarkan mereka yang menyimpan di Tabung Haji. Ketika Tahun Baharu Cina, mereka akan mencari mangsa dari kalangan yang menyambut perayaan ini,” ujarnya.

Fahmi turut memberi amaran tentang penipuan pelaburan yang menyasarkan golongan warga emas.

“Scam pelaburan ini sangat menyedihkan. Ada yang kehilangan semua simpanan mereka (warga emas) kerana terlalu mudah percaya,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai agar sentiasa menyemak sebarang maklumat yang diterima dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon atau mesej mencurigakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI