fbpx

Cadang potong gaji Exco, ADUN, pegawai GLC bantu tabung Covid-19 Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika mengumumkan pakej Kita Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bercadang melaksanakan potongan gaji meliputi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sendiri akan menyumbang gaji sebanyak sebulan gaji sebagai pemulaan kepada usaha tersebut.

Katanya, mekanisme potongan gaji ini akan dimuktamadkan dan akan disalurkan ke tabung tersebut.

“Hari ini, saya mengumumkan pengaktifkan semula tabung ini bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19 dan mengalukan sumbangan korporat dan GLC Selangor.

“Kerajaan negeri pada pagi ini telah menerima sumbangan RM 2.3 juta bagi tabung itu. Malah saya turut menyumbang gaji sebanyak sebulan gaji,” katanya ketika pengumuman khas pakej Kita Selangor di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI