PETALING JAYA – Seorang pelanggan berkongsi pengalaman melucukan apabila permintaan nasi tambahnya di sebuah restoran bertukar menjadi hidangan dalam kuantiti yang mengejutkan.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh Nisyiey, dia memaparkan pinggan nasi tambah yang ‘membukit’ bersama lauk tambahan, seolah-olah boleh untuk dimakan oleh beberapa orang.
“Nak tambah nasi saja, sekali semua dari dapur dia bawa. Nasi tambah macam cukup untuk tiga orang makan. Lepas itu dia datang bawa air pula, sampai enam cawan. Nak terkeluar dah sebab terlalu kenyang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen dengan turut berkongsi pengalaman serupa, terutamanya di restoran yang hampir tamat waktu operasi.
“Nanti sebab kakak, ramai yang serbu kedai waktu nak tutup,” seloroh Aiman.
“Pernah pergi kedai waktu nak tutup, makanan kami dikira RM5 saja. Katanya pelanggan terakhir, padahal satu pinggan biasanya belasan ringgit,” kongsi seorang pengguna, Liaes.deoamf.
“Pengalaman saya, datang pukul 9.30 malam di Uncle John Seri Kembangan. Pesan tiga ketul ayam, tapi mereka bagi sembilan ketul ayam, nasi, dan air lebih,” cerita Topi Puteh.
“Saya pernah pergi kedai tomyam pukul 2 pagi. Nasi gorengnya dah macam untuk tiga orang, paprik ayam pula boleh makan sampai keesokan hari,” tambah Amcarrrrrr. – KOSMO! ONLINE
@nisyiey Nak tmbh nasi je, skli smua dri dapur tu dia kasi😭😭 nsi tudia refill mcm 3 org bleh mkn😭🤣 #ayamgepuk ♬ QKThr – Aphex Twin