fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca baik dan cerah dilaporkan hampir di seluruh negara pagi ini.

Walau bagaimanapun menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramalkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI