fbpx

Hampir 2 juta kilat menyambar dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILAT kelihatan di langit malam bandar Newcastle. - Foto Dale Lotherington/Facebook Primary Industries and Regional Development

SYDNEY – Sebanyak 1.8 juta kilat dikesan dari Queensland ke Tasmania, Australia dalam tempoh 24 jam hingga pukul 8 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu, lapor laman berita WSWS.ORG.

Laman web kaji cuaca, Weatherzone mengesan kuantiti kilat yang luar biasa itu ketika cuaca buruk. 

Antara tengah hari dan tengah malam pada Rabu lalu, sebanyak 73,700 kilat dikesan dalam radius 100 kilometer dari Pusat Daerah Perniagaan (CBD) Sydney.

Sejumlah pokok dan talian elektrik tumbang sekali gus menjejaskan bekalan elektrik kepada kira-kira 200,000 buah rumah di wilayah Illawarra, Sydney dan Hunter, Rabu lalu. 

Walaupun kebanyakan sambungan telah dipulihkan, cuaca buruk yang lebih teruk kelmarin, mengakibatkan 68,000 buah rumah lagi terputus bekalan elektrik. 

Sehingga pagi semalam, sekitar 28,000 rumah terputus bekalan elektrik di Sydney dan 15,000 lagi di Newcastle dan Hunter. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI