fbpx

MOT alu-alukan teknologi dalam pasaran motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Ramssol Group Berhad, Datuk Cllement Tan (kanan) selepas menandatangani plak perasmian pada Majlis Pelancaran Rider Gate 2025 di Lanai@MATIC Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengalu-alukan penggunaan teknologi dalam pasaran motosikal terpakai bagi mengelak risiko penipuan, rekod pemilikan tidak jelas dan kebimbangan terhadap kecacatan mekanikal.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penggunaan platform digital juga diharapkan dapat memastikan setiap transaksi dilakukan secara telus dan bebas daripada sebarang risiko penipuan.

“Dengan penggunaan teknologi, kita harapkan kes penipuan melibatkan transaksi ketika membeli motosikal terpakai boleh berkurang kerana saya difahamkan terdapat beberapa kes melakukan transaksi di kedai motorsikal yang tidak dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran aplikasi jual beli motosikal terpakai, Rider Gate di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, aplikasi tersebut dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pasaran motosikal sambil menggalakkan amalan transaksi selamat dan efisien.

“Inovasi seperti Rider Gate menunjukkan bagaimana teknologi boleh menjadi pemangkin kepada perubahan positif.

“la bukan sahaja memudahkan kehidupan pengguna, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan menggalakkan lebih banyak aktiviti perniagaan yang beretika dan mampan,” katanya.

Katanya, bagi memberikan keyakinan kepada pengguna, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mewujudkan integrasi data bagi memastikan urusan transaksi yang lebih telus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI