fbpx

Irfan Bakti mahu julang semula nama Kelantan di Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irfan Bakti (kiri) dan Nik Hafiz Naim pada sidang akhbar Pengenalan Ketua Jurulatih KRW di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW), Irfan Bakti Abu Salim bertekad untuk menjulang semula nama Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sekali gus menghidupkan semula sejarah yang pernah tercipta sebelum ini.

“Semangat bola Kelantan ini lain sikit dan perlu ingat, sebelum JDT (Johor Darul Ta’azim), kita (Kelantan) lebih dahulu ‘gila bola’ dan boleh dikatakan kita adalah pelopor kepada semangat itu dalam arena bola sepak Malaysia.

“Memang hasrat saya untuk membawa Kelantan kembali ke tempat sepatutnya, iaitu di persada Liga M. Bukan muda tetapi kita perlu lakukan,” katanya pada sidang akhbar Pengenalan Ketua Jurulatih KRW di sini hari ini.

Irfan Bakti memberitahu, ramai pemain kelahiran Kelantan dan di negeri ini telah menghubunginya termasuk Presiden Nik Hafiz Naim Nik Hassan untuk menyatakan minat bersama KRW.

Katanya, beliau bersetuju menerima tawaran KRW bukan soal bayaran sebaliknya mahu membina, melatih serta membawa sebuah pasukan dari bawah ke persada Liga M.

“Kita mahu ambil yang betul-betul boleh bermain bola. Mengenai aspek kualiti, sudah pasti kita turut memerlukan beberapa pemain berpengalaman untuk menjaga serta membimbing pemain-pemain muda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI