fbpx

Real Madrid alih fokus ‘kacau’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALIBA menjadi tonggak penting Arsenal sejak beberapa musim lalu dan memiliki kontrak sehingga 2027. - AFP

LONDON – Pasukan gergasi La Liga, Real Madrid dilaporkan sudah memulakan langkah bagi mendapatkan khidmat tonggak pertahanan Arsenal, William Saliba ke Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Laporan media di Perancis mendakwa Saliba juga memiliki hasrat untuk meninggalkan Stadium Emirates dengan Real turut mengintai dua lagi pemain pertahanan yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun barus berusia 23 tahun, namun Saliba sudah dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan sering dibandingkan dengan legenda Manchester United, Rio Ferdinand.

Aksi konsisten ditampilkan sepanjang musim ini bersama Gabriel Magalhaes di posisi bek tengah berjaya menarik minat beberapa kelab ternama Eropah, namun Real dianggap sebagai pasukan paling sesuai buatnya.

Memandangkan kontrak pemain antarabangsa Perancis itu akan tamat pada 2027, maka Real menganggap ia adalah sesuai untuk mereka melakukan rundingan, terutamanya jika Arsenal tidak menawarkan kontrak lanjutan.

Bagaimanapun, Los Blancos masih belum tahu pendirian pemain sasarannya itu memandangkan Saliba pernah menyatakan dia hanya mahu memberikan fokus terhadap saingan musim ini dan enggan memikirkan mengenai masa depan.

Setakat ini, dia sudah pun melakukan 30 penampilan dalam semua pertandingan bagi kempen 2024/25 selain menjadi kunci yang membantu Arsenal bagi mencabar Liverpool dalam perebutan takhta liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI