fbpx

Anwar santuni diaspora Malaysia di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyantuni rakyat Malaysia di UK semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri semalam meluangkan masa untuk menyantuni rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) usai mengadakan lawatan ke negara tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang tersebut digunakan sebaik mungkin dengan bertukar pandangan isu semasa, diajak bergambar untuk kenangan dan seterusnya menjamah makanan yang disediakan.

“Tidak lengkap lawatan kerja saya dan delegasi sewaktu berada di London, UK jika tidak menyantuni diaspora Malaysia yang berada di sini.

“Saya sempat bertegur sapa, bertukar pandangan isu semasa, diajak bergambar untuk kenangan dan seterusnya menjamah makanan yang disediakan,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial rasmi Perdana Menteri itu hari ini.

Tambah beliau, sewaktu sesi soal jawab, beliau maklumkan bahawa pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di Malaysia malah terus membuat pelaburan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan mereka di Malaysia.

“Justeru, semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI