fbpx

Labur RM32.9 juta buka lima cawangan BS FreshMart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anfaal memotong riben sebagai simbolik perasmian pembukaan cawangan BS FreshMart bersama Mohammad Rasul (kanan), hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Syarikat Pasaraya BSK Sdn. Bhd. (BS Freshmart) menyasarkan membuka lima cawangan baharu tahun ini dengan nilai keseluruhan pelaburan sebanyak RM32.9 juta.

Pengarah Urusan BS FreshMart, Mohammad Rasul Razuan berkata, pelaburan tersebut turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi sektor perikanan yang menjadi fokus utamanya bagi memasarkan barangan keperluan kepada pengguna.

Katanya, lima pembukaan cawangan baharu itu melibatkan di Rawang, Banting di Kuala Langat, Jerantut dan Endau di Pahang serta Kuala Krai di Kelantan.

“Sebelum ini, kami terkenal di Pantai Timur namun kali ini akan memfokuskan kepada pelaburan di Selangor.

“Ini termasuk di Puncak Alam yang masih dalam peringkat rundingan. Jadi dengan pembukaan lima cawangan baharu akan melengkapkan 30 cawangan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu perasmian cawangan BS FreshMart Rawang disempurnakan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.

Mohammad Rasul memaklumkan, kelebihan mereka yang mempunyai 38 buah bot laut dalam membolehkan bekalan ikan segar dijual pada harga murah.

“Selain itu, turut menjual produk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sama-sama membantu industri tempatan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Anfaal berkata, pembukaan cawangan BS FreshMart di negeri ini dibantu melalui dasar Speed Selangor yang diumumkan pada Belanjawan 2025 Selangor, pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI