fbpx

Sudah 4 hari Siew Hat hilang selepas masuk kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR melakukan kerja-kerja pencarian seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Jalan Kluang - Kahang.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Jalan Kluang – Kahang pada Rabu masih gagal ditemui sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pencarian oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dilakukan oleh 59 pegawai dan anggota dari pasukan Polis, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) semalam tidak menemui mangsa.

Katanya, pencarian Lee Siew Hat berusia 73 Tahun yang tinggal di Taman Kahang Baru di Kahang itu diperluaskan hingga ke perkampungan Orang Asli Sedohok kira-kira lima kilometer dari Pintu Gate Rekod terakhir Orang Hilang (OH) keluar.

“Kekuatan pasukan pencarian masih dikekalkan iaitu 30 pegawai dan anggota Polis, tiga anggota K9 Segamat, 18 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Lapan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Bomba Sukarela Kahang.

“Bagaimana pun hingga tengahari hari ini OH masih gagal ditemui dan pencarian akan diteruskan hingga lewat petang nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI