fbpx

Kabinet Israel lulus gencatan senjata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETANYAHU (lima dari kanan) dalam mesyuarat Kabinet di Baitulmaqdis. - Foto AFP

TEL AVIV – Kabinet Israel hari ini meluluskan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan dengan Hamas, kata pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu seperti laporan laman berita Wion News.

Perjanjian  berkuatkuasa esok itu dimuktamadkan selepas mesyuarat Kabinet selama enam jam.  

“Kerajaan telah meluluskan rangka kerja pembebasan tebusan. Ia akan berkuat kuasa esok,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Perjanjian dipersetujui pada Rabu lalu itu akan menamatkan pertempuran dan pengeboman dalam peperangan paling dahsyat di Semenanjung Gaza.

Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menjadi pengantara dalam perjanjian gencatan senjata itu.

Berdasarkan perjanjian tersebut, minggu-minggu berikutnya juga akan menyaksikan pembebasan ratusan tahanan Palestin dari penjara Israel. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI