fbpx

Penternak ikan dicekup tinju pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang penternak ikan didakwa membelasah pekerjanya dalam kejadian di Pulau Ketam.

KLANG – Seorang penternak ikan di Pulau Ketam ditangkap selepas aksinya membelasah pekerjanya tular, hari ini.

Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu diberkas kira-kira pukul 5 petang tadi dan berdasarkan video berdurasi 54 saat itu memaparkan suspek memukul dan menendang mangsa di atas pelantar ikan sekitar pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang pada Sabtu lalu.

“Punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang merupakan warga asing tidak hadir kerja selama dua hari.

“Apabila mangsa tiba di pelantar, suspek terus menumbuk, menendang serta mengugut mangsa,” katanya hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan polis sedang mengesan mangsa bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Hoong Fong menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun dan denda.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lain berhubung kejadian itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03- 33762222 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI