KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan selepas bertindak menghalang penjawat awam menjalankan tugas di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian yang tular di media sosial menerusi TikTok itu berlaku sekitar pukul 5.15 petang.
Jelasnya, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 7.56 malam berhubung wanita berusia 38 tahun memandu secara berbahaya dan memotong barisan sehingga menyebabkan kemalangan.
“Suspek enggan mematuhi arahan anggota trafik bertugas dan melarikan diri sehingga hampir melanggar anggota trafik bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek berjaya ditahan oleh anggota trafik di lokasi kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, suspek direman selama dua hari bermula semalam bagi tujuan siasatan,” ujarnya.
Katanya, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Jalan Duta hari ini di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
@mhmmdjuraihSister myvi tu ingat dia kebal kot. main langggaaaarrrr ja. Yang penting stand for abang trafik. Dia juga manusia.