fbpx

Bilionair janji bonus RM6,300 kepada setiap penduduk kampung usia lebih 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Richard Liu (kanan). - Foto AFP

BEIJING – Bilionair China, Richard Liu yang merupakan pengasas syarikat gergasi e-dagang, JD.com berjanji untuk memberikan wang tunai 10,300 yuan (RM6,300) kepada setiap penduduk kampung halamannya yang  berumur lebih 60 tahun, lapor portal berita VNExpress semalam.

Pemberian wang itu sebagai ucapan terima kasih kerana sumbangan mereka bagi membiayai pengajian universitinya beberapa dekad lalu.

Pada setiap tahun, Liu, 50, memberikan hadiah menjelang Tahun Baru Cina di kampung halamannya, Guangming dalam  wilayah Jiangsu, timur China, lapor akhbar South China Morning Post.

Billionair yang mempunyai anggaran kekayaan 12 billion yuan (RM7.4 bilion)  itu dilaporkan melawat kampung halamannya   tahun lalu dan memberi penduduk tempatan jaket serta makanan.

Tradisi itu mencerminkan rasa terima kasih penduduk kampung yang bersama-sama menderma 500 yuan (RM307)  dan 76 biji telur untuk membantu membiayai pengajian universitinya pada awal tahun 1990-an. 

“Bantuan itu adalah titik permulaan untuk saya melangkah ke arah kejayaan,” kata Liu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin, Liu melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Renmin, Beijing.

Wang yang didermakan oleh penduduk kampung itu bagi membiayai pengajiannya, manakala mereka yang tidak dapat menyumbang wang tunai memberinya telur supaya dia mempunyai bekalan makanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI