JAKARTA – Tindakan seorang anggota polis di Indonesia menendang penunggang motosikal sehingga berdarah mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di Prabumulih, wilayah Sumatera Selatan pada 13 Januari lalu.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @Heraloebss memaparkan anggota polis itu ditenangkan oleh penduduk tempatan, manakala mangsa duduk di atas tanah dengan wajah berlumuran darah.
Menurut saksi, kekerasan itu terjadi selepas mereka berlanggar antara satu sama lain.
“Lelaki itu ditendang beberapa kali selepas terjatuh daripada motosikal sehingga hidung dan bibirnya luka,” kata seorang saksi.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan bersama 2,300 komen.
“Mentang-mentang polis, boleh tendang orang sampai darah!” kata seorang netizen. – AGENSI