fbpx

Sistem WBB untuk kurangkan bebanan kerja doktor, pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly pada sidang akhbar khas KKM di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Waktu Bekerja Berlainan (WBB) iaitu sistem syif baharu adalah bertujuan mengurangkan tempoh bekerja petugas penjagaan kesihatan awam agar kebajikan mereka lebih terbela.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, WBB ini dimaksudkan menjadi sistem ketiga yang berjalan selari dengan sistem atas panggilan (on-call) sedia ada serta sistem syif bagi pegawai dan pakar perubatan.

Katanya, WBB bertujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan pegawai perubatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan mereka kepada orang ramai berada pada tahap maksimum.

“Selain itu ia juga memberi fokus terhadap pengurangan tempoh bekerja atas panggilan aktif daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi kerja kakitangan yang terlibat.

“Memastikan mana-mana pegawai perubatan tidak bertugas melebihi 24 jam secara berterusan serta mengurangkan jumlah waktu bertugas yang kini mencecah 99 jam seminggu (tiga kali atas panggilan seminggu) kepada maksimum 72 jam seminggu,” katanya pada sidang akhbar khas KKM di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya sistem WBB ini tidak melibatkan semua pegawai perubatan, hospital serta jabatan di bawah KKM.

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa cadangan pelaksanaan WBB ini akan memberi bebanan kepada kakitangan terlibat selain berisiko menyebabkan lebih ramai doktor akan keluar daripada terus berkhidmat di hospital kerajaan disebabkan pertukaran syif bekerja.

Dzulkefly sekali lagi menegaskan bahawa WBB masih di peringkat cadangan dan ia belum dikuatkuasakan pelaksanannya.

Melihat kepada Dokumen bertajuk Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) Fasa Pertama bertarikh 10 Januari yang dikeluarkan oleh KKM sebelum ini, beliau berkata ia hanyalah sebagai usaha awal pihaknya untuk memastikan kakitangan terlibat bersedia sekiranya sistem tersebut dikuatkuasakan.

Tambahnya, WBB antara isu yang akan dibincangkan dalam penganjuran pemukiman melibatkan pimpinan tertinggi di ibu negara yang berlangsung bermula hari ini sehingga 19 Januari 2025.

“Kita tengok hasil pemukiman nanti yang alan membincangkan mengenai WBB, maksudnya masih belum dikuatkuasakan kerana dalam perbincangan, garis panduan sahaja dikuatkuasakan (pada Februari),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI