fbpx

3 lelaki diberkas curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Putra Heights, di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 40-an dibuat ketika anggota melihat dua buah kereta dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

“Pemeriksaan ke atas kereta suspek menjumpai empat guni mengandungi wayar tembaga dan alat pemotong kabel. Siasatan awal mendapati suspek disyaki mencuri kabel di sekitar Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika disoal siasat, suspek gagal memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan barangan itu.

Siasatan mendapati ketiga-tiga mereka mempunyai rekod kes jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif morfin dan methamphetamine. Siasatan berkaitan dadah dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai hak pemilikan barang tersebut,” katanya.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Shah Alam dan direman selama tiga hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI