SUDAH bertahun-tahun pelakon Johan As’ari mendedahkan bakal mengahwini teman wanitanya yang berdarah campuran.
Tapi macam sebelum ini, bintang filem Juvana itu mengakui terpaksa menangguhkan lagi hari bahagia yang sepatutnya berlangsung pada Disember 2023.
Berdasarkan wawancara sebelum ini, kalau tak silap Diva sudah enam tahun aktor berusia 38 tahun itu menyulam cinta dengan wanita yang tidak didedahkan identiti.
Namun pengakuan hendak bernikah tahun ini membuatkan ada mulut-mulut nakal mengusik dengan mendakwa Johan mungkin berhalusinasi.
Kononnya wanita yang berstatus doktor falsafah (PhD), pernah tinggal di London dan kini mengusahakan perniagaan di Perlis itu tidak wujud.
Diva: Harap Johan segeralah kenalkan bakal isteri yang jelita itu, tutup mulut netizen!