fbpx

Joehari bakal kemudi FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOEHARI menjadi calon tunggal yang mendapat pencalonan untuk jawatan presiden baharu FAM menyebabkan beliau sah menang tanpa bertanding.

TEKA-TEKI mengenai pemimpin baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terjawab apabila Datuk Joehari Mohd. Ayub menang tanpa bertanding menjelang Kongres Pemilihan Penggal 2025-2028 yang berlangsung bulan depan.

Badan induk itu dalam satu kenyataan mengesahkan senarai awal nama 29 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-61 yang bakal berlangsung di Subang Jaya nanta.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, semua 29 calon yang layak merebut 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM bagi tempoh empat tahun akan datang.

“Kesemua 18 ahli gabungan FAM telah diberi masa selama 24 hari hingga 16 Januari untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Exco.

“Selepas tempoh akhir yang diberikan, terdapat satu ahli gabungan yang tidak menghantar borang pencalonan, manakala satu ahli gabungan yang menghantar borang pencalonan, tetapi tidak sempurna.

“Oleh itu, hanya pencalonan daripada 16 ahli gabungan yang sah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan FAM.

“Selepas proses pengiraan, hanya 29 orang calon yang akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki 10 orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum.

“Calon-calon yang layak untuk bertanding ini akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan untuk mereka membalas semula borang berkenaan selewat-lewatnya pada 23 Januari depan,” katanya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan FAM, Mohd. Joehari menjadi calon tunggal bagi merebut kerusi ‘panas’ yang bakal ditinggalkan oleh Tan Sri Hamidin Mohd. Amin selepas tiada pencabar yang meraih pencalonan minimum.

Selain jawatan ‘supremo’ itu, posisi Timbalan Presiden juga tidak tercabar apabila kekal menjadi milik penyandang terdahulu, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S, Sivasundaram.

Menurut Abdullah, bagi menandingi jawatan-jawatan penting. seseorang calon itu perlu mendapatkan pencalonan minimum dari ahli-ahli gabungan FAM.

“Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI