KURANG dua bulan umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tetapi ramai sudah menggila menjual baju raya!
Selain ada yang mula menjual, ramai juga selebriti tanah air yang dilihat sudah menjadi duta beberapa jenama pakaian terkenal termasuklah Zul Ariffin.
Antara busana digayakan Zul ialah baju Melayu dan jubah. Namun jubah yang dipakai Zul menjadi bahan perdebatan netizen sehingga tular dalam media sosial.
Kata netizen, potongan jubah tersebut kelihatan seperti baju wanita hamil dan tidak sesuai digayakan kaum lelaki.
“Kenapa macam baju ibu mengandung?
“Alamak macam potongan jubah wanita pula. Ini kalau beli, suami isteri boleh kongsi,” seloroh netizen.