fbpx

Zamri tidak sabar ‘lepas geram’ beraksi di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAMRI dan rakan-rakan sepasukannya tetap berlatih macam biasa dan sedia melepaskan geram apabila berpeluang beraksi pada perlumbaan sebenar. – FACEBOOK TSG

KETUA pasukan Terengganu ­Cycling Team (TSG), Mohd. Zamri Salleh berharap kelabnya dapat menyertai siri perlumbaan di luar negara dengan segera.

Menurutnya, TSG tidak ada pilihan selain mengutip mata menerusi kejohanan antara­bangsa selepas pembatalan banyak perlumbaan domestik.

Pelumba berpengalaman berusia 37 tahun itu berkata, buat masa ini hanya pelumba import yang berpusat di Eropah menjadi sandaran TSG.

“Tidak banyak perlumbaan yang boleh disertai sejak tahun lalu dan situasi itu boleh menjejaskan TSG dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Beberapa tonggak seperti (Artem) Ovechkin, (Metkel) Eyob dan (Carlos) Quintero tetap berlumba di luar negara mencari mata untuk ranking pasukan,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Zamri berkata, TSG ketika ini masih menunggu kelulusan pihak berkuasa untuk ke Turki­ selama lebih sebulan sebagai permulaan perlumbaan musim 2021.

Katanya, perancangan itu wajar mendapat kebenaran kerajaan bagi memastikan TSG tidak keciciran jauh dengan pencabar lain.

“Pembatalan Le Tour de Langkawi (LTdL) memburukkan lagi peluang TSG untuk membaiki kedudukan di peringkat Asia dalam ranking UCI.

“Program di Turki bukan sekadar latihan sebaliknya ada sekurang-kurangnya tiga perlumbaan boleh kami sertai,” katanya.

Mohd. Zamri memberitahu, buat masa ini beliau dan rakan-rakan sepasukan tetap berlatih macam biasa dan bersedia untuk ‘lepas geram’ jika berpeluang untuk beraksi pada perlumbaan sebenar.

Katanya, TSG benar-benar berharap kalendar perlumbaan 2021 lebih baik berbanding sebe­lumnya kerana sasaran kelab berbasikal bertaraf benua itu ialah Zamri tidak sabar ‘lepas geram’ beraksi di luar negarakedudukan tiga teratas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI