fbpx

Prasarana sasar 1.4 juta penumpang sehari tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Prasarana di sini hari ini.

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merekodkan purata 1.8 juta penumpang harian tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus daripada 955,000 penumpang pada tahun sebelumnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tahun ini syarikat tersebut mensasarkan purata 1.4 juta penumpang sehari menjelang Disember 2025.

Sasaran tersebut katanya, berdasarkan unjuran petambahan 10 hingga 12 peratus bilangan penumpang rel dan bas pasca pandemik Covid-19 selain dipacu kejayaan beberapa inisiatif yang diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Prasarana juga turut mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak lima peratus pada tahun lalu, didorong oleh peningkatan jumlah penumpang, malah turut aktif mencari lebih banyak sumber pendapatan termasuk pengiklanan dan penajaan korporat.

“Selain daripada tambang penumpang, kita juga perlu memanfaatkan sebahagian daripada tanah di bawah Prasarana untuk meningkatkan aliran pendapatan.

“Kita sedang giat mencari pendapatan daripada pengiklanan termasuk hak penamaan stesen dan penajaan korporat, ini akan menjana lebih banyak pendapatan untuk Prasarana,” katanya. dalam siding akhbar di Ibu Pejabat Prasarana di sini hari ini.

Tambah Loke, Prasarana jga menyasarkan untuk mengurangkan Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) bagi lima laluan perkhidmatan relnya iaitu laluan Kelana Jaya, laluan Kajang, laluan Putrajaya, laluan Ampang dan Monorel dalam masa setahun.

Kementerian katanya, berharap menjelang tahun hadapan, hanya ada sekali sahaja gangguan melibatkan satu juta kilometer laluan.

“Apabila tren itu bergerak sehingga satu juta kilometer baru ada sekali gangguan. Sekarang ini mungkin ada laluan yang 200,000 atau ada yang 400,000 kilometer secara puratanya berlaku sekali gangguan.

“Kalau satu juta kilometer baru sekali gangguan, maksudnya kekerapan gangguan itu amat kurang. Mungkin setahun sekali atau dua kali gangguan,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, dari segi jumlah gangguan MKBF, tahun 2022 adalah yang tertinggi dicatatkan dengan 255 kali gangguan di kelima-lima laluan itu.

Katanya, pada tahun 2023 pula, jumlah gangguan adalah sebanyak 118 kali dan ia semakin berkurangan pada tahun 2024 dengan jumlah sebanyak 71 kali.

“Apa yang kita maksudkan gangguan ialah tren tidak bergerak lebih daripada lima minit. Kalau tren itu tidak dapat bergerak lebih lima minit, itu dianggap satu gangguan,” jelas Loke. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI