fbpx

Aston Martin tawar Verstappen RM5.5 bilion?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN dikatakan menjadi sasaran Aston Martin yang didakwa berusaha menyambar khidmatnya daripada Red Bull. - AFP

LONDON – Aston Martin dikatakan menafikan laporan bahawa pihaknya sedang menyediakan tawaran bernilai £1 bilion (RM5.5 bilion) untuk mendapatkan juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak empat kali, Max Verstappen.

Menurut laporan media antarabangsa, Aston Martin ketika ini meningkatkan usaha untuk memikat pemandu Red Bull itu selepas berjaya mendapat khidmat Andrian Newey sebagai pemegang saham dan juga rakan kongsi teknikal pengurusan baharu selain pelantikan Andy Cowell selaku ketua pasukan.

Spekulasi mengenai Verstappen bakal menyertai Aston Martin semakin hangat diperkatakan, terutamanya selepas pasukan berpangkalan di Silverstone, United Kingdom itu melakukan kerjasama mereka dengan Honda sebagai pembekal enjin mulai musim 2026.

Ketika ini, Aston Martin diwakili pelumba berpengalaman iaitu Fernando Alonso dan Lance Stroll dengan kedua-duanya mempunyai kontrak hingga penghujung 2026.

Selain tawaran mega bernilai £1 bilion (RM5.5 bilion) itu, Aston Martin turut membuka peluang kepada Verstappen untuk menjadi salah seorang pemegang saham pasukan tersebut.

Begitupun, langkah untuk mendapatkan Verstappen tampak sukar disebabkan dia masih terikat kontrak dengan Red Bull hingga 2028, malah turut menyatakan kesetiaan kepada pasukannya.

Bagaimanapun, pasukan kepunyaan jutawan, Lawrence Stroll itu dilihat mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh untuk mendapatkan sesiapa sahaja dan terbukti selepas mereka mendapatkan Newey dengan tawaran gaji asas bernilai kira-kira £20 juta (RM110.15 juta).

Kerjasama Aston Martin dengan Honda pada tahun depan berpotensi memperkuat hubungan Verstappen dengan pengeluar Jepun yang pernah membawa kejayaan besar kepadanya bersama Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI