fbpx

Proton perkenal X50 edisi sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton X50 SE baharu.

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini melancarkan varian eksklusif bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) terlarisnya, iaitu Proton X50 Sport Edition (SE).

Dengan penambahbaikan pada rekaan dan ciri dalaman, X50 SE memberikan pengalaman pemanduan yang lebih istimewa.

Ia menampilkan 13 penambahbaikan eksklusif, antaranya aerokit meliputi skirt hadapan, belakang, dan sisi.

Warna badan Quartz Black yang menonjol dipadankan dengan hiasan hitam berkilat di bahagian hadapan dan belakang, manakala roda aloi hitam 18 inci dan pelekat badan yang khas melengkapkan penampilannya.

Pada bahagian dalam, peningkatan utama termasuk pengecas peranti tanpa wayar, tikar karpet edisi sukan, plat pelindung keluli tahan karat, serta dulang but untuk pengurusan kargo yang lebih baik.

Secara keseluruhan, peningkatan produk pada Proton X50 SE memberikan nilai tambah sebanyak RM10,000 kepada pembeli, namun ia ditawarkan pada harga yang menarik iaitu RM105,300 dengan pengeluaran terhad kepada hanya 1,000 unit.

Syarikat juga memperkenalkan rebat tunai dan angpau untuk tempoh terhad, yang menawarkan rebat RM7,000 pada bulan Januari dengan jumlah penjimatan sebanyak RM13,500.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, memanfaatkan kejayaan luar biasa Proton X50, edisi sukan ini hadir untuk memberikan lebih banyak kegembiraan kepada pelanggan.

“Dengan SE, kami ingin membangkitkan semangat pemanduan yang lebih ‘sporty’ dan memenuhi keinginan pelanggan yang selama ini menantikan sebuah kereta yang lebih dinamik,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI