fbpx

Setiap kali jumaat, ibu bapa resah anak-anak ajak berjalan hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan ibu bapa ketika ini semakin mula berjimat terutama menghadkan perbelanjaan terhadap perkara tidak penting seperti menghabiskan wang di kedai makan atau keluar berjalan.

Bagaimanapun, keadaan itu menjadi satu dilema dalam kalangan ibu bapa apabila tibanya hari Jumaat, anak-anak mula bertanya tentang perancangan pada hujung minggu serta kemana tempat yang bakal dilawati dan bercuti.

Tinjauan Kosmo! di Facebook dan Threads mendapati sebahagian ibu bapa meminta pendapat daripada orang ramai tentang bagaimana cara untuk mereka menolak ajakan anak-anak untuk keluar berjalan pada esok dan lusa.

“Hidup sekarang keras, banyak perlu berjimat. Anak balik sekolah dah tanya “esok pergi jalan-jalan jom, kan mama baba cuti”, tengah bulan macam ini memang duit pun hujung-hujung sahaja. Ada idea cara terbaik nak tolak ajakan anak,” soal Ayuni.

Sementara itu, pengguna Threads, Akmal Nasirr berseloroh mengatakan hari Jumaat adalah hari menakutkan buat ibu bapa.

“Hari Jumaat hari menakutkan, ibu bapa bersedia tepis ajakan anak-anak nak ke mall (pusat membeli belah), taman tema. Kalau bawa pusing taman awam pun kena keluar belanja kurang-kurang RM30 untuk makan, minum atau mainan anak-anak,” kongsinya.

Bagaimanapun, ada yang mencadangkan agar ibu bapa merangka aktiviti menarik di rumah bersama anak-anak supaya mereka lebih seronok berada di rumah berbanding keluar berjalan.

“Boleh buat apa-apa aktiviti menarik di rumah supaya anaka-abak tak bosan, tak ada la mereka bayang keluar berjalan lagi seronok. Jimat duit ibu bapa,” cadang Nurkartini Naily. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI