fbpx

Pahang, Johor dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di Semenanjung sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Pahang dan Johor.

“Di Pahang, keadaan ini menjejaskan beberapa kawasan seperti Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor, cuaca buruk ini melibatkan kawasan seperti Segamat,” katanya.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik diramalkan berlaku di sekitar Lembah Klang serta negeri-negeri Timur seperti Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI