fbpx

‘Takkan nak bagi ibu bapa duit haram’ – Scha Elinnea nafi dibela VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK habis-habis dituduh hidup mewah dibela VIP, pelakon Scha Elinnea menjelaskan dia masih ada pegangan dan tidak sanggup memberikan ibu bapa hasil duit haram.

KUALA LUMPUR – Lumrah menjadi orang cantik, pasti sering menjadi mangsa fitnah dan hasad dengki.

Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Scha Elinnea apabila dia didakwa hidup mewah kerana dibela orang kenamaan (VIP).

Menurut Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, dia adalah seorang wanita yang berdikari dan punya kerjaya sendiri tanpa perlu mengharapkan ditanggung oleh orang lain.

“Isu ini bukan baru, sejak dulu lagi orang berkata tentang hal yang tidak benar ini. Tuduhan ini adalah satu fitnah.

“Alhamdulillah saya tidak pernah terlibat dengan perkara seperti ini dan tak pernah teringin pun.

“Saya masih ada ibu dan bapa. Sebagai anak takkanlah saya nak bagi duit daripada sumber yang haram kepada ibu bapa kita. Saya bersyukur kerana memiliki ibu dan bapa yang sangat memahami saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024.

Tambah pelakon drama Nuh & Nayla itu lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah ini berlarutan.

Ditanya adakah sukar menjadi seorang pelakon muda, jelita dan berdikari, kata Scha dia tidak pernah menghiraukan kata-kata orang.

“Sebenarnya tak kisah lah anda cantik atau tidak, kalau orang dah tak suka kita tak boleh nak buat apa. Jadilah diri sendiri dan hidup gembira.

“Jangan terlampau fikir apa yang orang nak cakap tentang anda. Kalau tidak anda tidak akan dapat jalani hidup dengan tenang dan gembira,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Scha turut tercalon dalam Gempak Most Wanted Awards 2024 dalam kategori Selebriti Trending dan Drama Trending menerusi Nuh & Nayla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI