fbpx

‘Adakah dia terdesak?’ – Suami Julia Farhana digoda wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julia mendedahkan suaminya, Dr. Mohammad Che Hafiz pernah digoda oleh wanita lain di depan matanya sendiri.

PETALING JAYA – Pelakon Julia Farhana mendedahkan suaminya, Dr. Mohammad Che Hafiz pernah digoda oleh wanita lain di depan matanya sendiri.

Lebih menyakitkan hati, Julia atau nama penuhnua Julia Farhana Marin, 31, berkata, wanita tersebut dilihat tidak mempedulikan kehadirannya di sebelah Che Hafiz ketika itu.

“Saya pernah berada dalam situasi seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya tetapi langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah.

“‘Girl,’ saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, suami saya pun jawab sepatah-sepatah, mana akal dan fikiran?

“Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian. Dia jelas tidak mahu bercakap dengan anda,” katanya dalam Instagram Story.

Dalam masa sama, dia  mempercayai dan yakin dengan kesetiaan suaminya selain melabel wanita tersebut sebagai terdesak.

“Suami saya bukan masalah kerana dia memang sangat menjaga batas.

“Alhamdulillah saya tak pernah nak risau, tapi perempuan ya ampun. Adakah awak begitu terdesak?” ujarnya.

Bagaimanapun, Julia tidak memperincikan tarikh kejadian tersebut berlaku.

Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sebelum ini, Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI