fbpx

‘Kalau ditarik ombak, bomba pun susah hendak bantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Segelintir individu yang dilihat masih mengutip kerang di Pantai Sura, Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diminta agar mendengar arahan pihak berkuasa agar menghentikan aktiviti mengutip kerang di Pantai Sura, Dungun bagi mengelak berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, fenomena luruan angin yang menyebabkan ombak besar setinggi 3. 5 meter dijangka berterusan di pesisir pantai negeri ini termasuk Pantai Sura sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, JBPM negeri akan terus mengambil inisiatif mengadakan rondaan bagi menasihati orang ramai agar segera beredar dari kawasan berkenaan.

“Kesedaran penting, masih ramai yang ingkar termasuk membawa anak kecil mengunjungi kawasan pesisir pantai. Nasihat saya patuhi sahaja arahan pihak berkuasa.

“Kecuaian sesaat boleh menyebabkan malapelaka. Sekiranya dihanyutkan ombak laut, pasukan penyelamat pun sukar untuk membantu,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan masih ramai mengingkari arahan larangan mengutip kerang di Pantai Sura, Dungun dengan alasan tidak mengetahuinya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir telah mengeluarkan larangan tersebut atas faktor keselamatan memandangkan ombak besar setinggi 4.4 meter serta angin kencang selaju 60 kilometer sejam masih melanda perairan daerah berkenaan.

Nor Mahathir berkata, selain Pantai Sura, masalah segelintir penduduk masih berdegil mengunjungi kawasan pantai untuk melihat fenomena ombak besar dan hakisan juga berlaku di sekurang-kurangnya 21 kawasan lain di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, antara pantai tumpuan ramai untuk aktiviti tersebut ialah Seberang Takir, Mengabang Telipot dan Batu Rakit, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI