SEGAMAT – Waris kepada Allahyarham Md. Kidang Md. Tadin dicari selepas dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat semalam.
Menurut jurucakap Hospital Segamat, mayat Allahyarham masih belum dituntut di Unit Perubatan Forensik, Hospital Segamat sejak dia disahkan meninggal dunia pada pukul 2.31 petang semalam.
“Warga emas lelaki warganegara tempatan berumur 75 tahun ini disahkan sebagai Md. Kidang Md. Tadin.
“Dia yang berketurunan Melayu menetap di alamat terakhirnya adalah di Kampung Tui, Bukit Kepong, 84030, Muar, Johor. Ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali pesakit diminta menghubungi Hospital Segamat untuk urusan selanjutnya,”katanya.
Ujar beliau, sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Dr. Abdul Faiz Razali di Unit Perubatan Forensik, Hospital Segamat di talian 07-9433333 (sambungan 292).-KOSMO! ONLINE