fbpx

Genjatan senjata di Gaza perlu ada nilai pendamaian, keadilan- IKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Israel mengebom Gaza. - Foto AFP

PUTRAJAYA- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menegaskan gencatan senjata yang dipersetujui dilaksanakan di Gaza perlu mencerminkan nilai- nilai perdamaian dan keadilan yang holistik kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil berkata, susulan itu,masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan proaktif dalam memastikan kestabilan dan pembangunan semula Gaza dapat dilaksanakan.

“Semoga langkah gencatan senjata ini menjadi asas kepada penyelesaian konflik yang lebih menyeluruh dan membawa keamanan yang berkekalan kepada seluruh rantau itu.

“IKIM kekal komited dalam menyuarakan keprihatinan terhadap isu-isu kemanusiaan dan terus mendukung usaha ke arah keamanan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, menurut sumber rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), genjatan senjata itu dicapai setelah rundingan intensif melibatkan pengantara dari Mesir dan Qatar.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres menyambut baik keputusan ini dan menyeru semua pihak untuk menghormati genjatan senjata sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI