fbpx

Solar pengering ikan lonjak ekonomi nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Abdul Aziz melawat tapak Kubah Pengering Solar dan melihat produk ikan kering ketika hadir Program Perasmian Kubah Pengering Solar di Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, Port Dickson. -Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

PORT DICKSON – Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, di sini, menerima manfaat pewakaf apabila mendapat kemudahan kubah pengering solar pertama di negeri ini bernilai RM133,920.

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, wakaf yang diperoleh dengan kerjasama strategik antara pihaknya dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. itu dilihat mampu membantu kira-kira 250 nelayan dan asnaf yang memerlukan.

Menurutnya, Kubah Pengering Solar berkenaan adalah hasil daripada dana wakaf orang ramai yang dikumpulkan melalui inisiatif wakaf MAINS.

“Sebelum ini, ikan berlebihan pun akan jadi masalah. Jadi, Kubah Pengering Solar ini khusus untuk membuat ikan kering. Jika tiada fasiliti ini, makan masa empat atau lima hari.

“Kalau cuaca buruk, hujan sahaja mungkin akan ambil masa lebih panjang, tetapi dengan adanya kemudahan ini, ikan yang kecil-kecil hanya ambil masa tiga atau empat jam, manakala, ikan besar pula empat atau lima jam.

“Usaha ini akan membantu mempertingkatkan ekonomi nelayan di sini. Contohnya, ikan talang di pasar hanya RM5 sekilogram, namun sekiranya diproses menjadi ikan masin, harganya mampu mencecah RM40 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Kubah Pengering Solar di Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Kemang di Kampung Teluk Pasir Panjang, di sini, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI