fbpx

Paetongtarn Shinawatra ucap ‘assalamualaikum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAETONGTARN (kiri) di dalam sebuah helikopter tentera. - Foto The Nation

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berlatih mengucapkan salam ‘assalamualaikum’ bermaksud selamat sejahtera ketika berada di dalam sebuah helikopter tentera udara, lapor portal berita Thaiger semalam.    

Beliau berlatih membuat sebutan itu sebelum lawatannya ke wilayah majoriti Muslim di selatan Thailand.

Latihan itu dibantu oleh Menteri Kehakiman, Tawee Sodsong dan Paetongtarn mengulangi ucap selamat itu beberapa kali bagi menyempurnakan sebutannya.

“Saya juga berlatih lebih awal (sebelum menaiki helikopter) tetapi saya mahu melakukannya dengan betul,” katanya.

Ucap selamat itu digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat Islam dan mempunyai kepentingan budaya di wilayah selatan Thailand.

Perdana menteri berusia 38 tahun itu disertai oleh rombongan pegawai tertinggi termasuk dua orang Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai dan Suriya Juangroongruangkit serta Ketua Polis Thailand, Jeneral (polis) Kitrat Phanphet.

Kunjungan sehari mereka bertujuan untuk beramah mesra i dengan komuniti tempatan dan menangani isu pembangunan yang mendesak di wilayah  Narathiwat, Yala dan Pattani.

Pada mulanya, jadual perjalanan Paetongtarn termasuk perhentian di ketiga-tiga wilayah. 

Namun, disebabkan hujan lebat, helikopter itu tidak dapat mendarat di Pattani. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI