fbpx

7 planet sebaris bakal muncul menjelang Israk Mikraj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Setelah kali terakhir berlaku pada 28 Februari 2022, peminat astronomi di seluruh dunia sekali lagi berpeluang menyaksikan tujuh planet sebaris di angkasa yang dijangka pada 25 Januari ini.

Menurut sumber falak tempatan, kejadian nadir itu dijangka berlaku dua hari menjelang sambutan peringatan peristiwa Israk Mikraj bagi umat Islam.

“Malahan, fenomena unik ini terjadi empat hari sebelum memasuki fasa anak bulan baharu yang kelaziman dirujuk sebagai Syaaban dalam kalangan masyarakat Muslim,” jelasnya.

Berita mengenai peristiwa ini tular dikongsikan warganet antarabangsa namun ada yang melaporkan mungkin enam planet sahaja bergantung kepada lokasi arah pencerapan.

Bagi yang berada di bahagian hemisfera utara, mereka hanya dapat menyaksikan Marikh, Musytari, Uranus, Neptun, Zuhrah dan Zuhal seolah-olah tersusun dalam satu barisan.

Sementara itu ada portal falak luar negara mengesahkan penduduk berkenaan juga boleh melihat Utarid muncul sebagaimana mereka yang tinggal di sebelah hemisfera selatan.

Katanya, fenomena itu jarang dilihat pada setiap tahun kerana kebiasaan, bilangan paling banyak mampu dicerap berbaris secara serentak sekadar tiga planet.

“Meskipun Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal boleh dicerap dengan mata kasar, namun penggunaan teleskop atau binokular digalakkan untuk imej lebih jelas,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI