fbpx

Penipuan umrah: Jumlah jemaah terjejas hampir 1,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal sebahagian jemaah yang berkampung di sebuah syarikat pengendali umrah di Kota Warisan, Sepang baru-baru ini

PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci atau sebaliknya.

Peningkatan jumlah itu dilihat selepas beberapa penerbangan ke Tanah Suci pada bulan Januari turut dibatalkan selain ada jemaah mahu membatalkan pakej selepas insiden tersebut.

Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, jumlah individu terjejas terus meningkat berbanding 379 sebelum ini di mana angka awal hanya bagi penerbangan 14 dan 15 Januari sahaja.

“Jadi, saya memohon kepada jemaah penerbangan lain untuk menghubungi kami untuk mengetahui berapa jumlah mereka yang terjejas atau bakal terkandas.

“Data itu bagi membolehkan pihak kami menyediakan ‘letter of undertaking’ seterusnya meminimumkan kerugian selain membantu mereka terbang ke Tanah Suci dengan agensi lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah pembayaran semula yang telah dibuat, Ena berkata, setakat ini jumlahnya kekal iaitu hanya 20 orang sahaja baru menerima ‘refund’.

“Berbanding lebih RM2.1 juta tuntutan dibuat jemaah terkandas, syarikat hanya membayar sekitar RM13,400 sahaja kepada dua jemaah Rabu lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Ena berkata, letter of undertaking yang disediakan pihaknya dilihat memberi jaminan kepada jemaah berhubung pemulangan wang akan diterima mereka.

“Dalam situasi ini, saya melihat dia (pemilik syarikat) memang ada kemampuan untuk tunaikan janji dalam masa tiga minggu.

“Ketika sidang akhbar, dia begitu yakin, malah peguam beliau menunjukkan keyakinan sama untuk melunaskan tuntutan dalam tiga minggu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI