fbpx

31 mangsa banjir dipindahkan di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM membantu membawa mangsa terjejas banjir ke PPS di Raub hari ini.

RAUB – Banjir kembali  melanda negeri Pahang apabila 31 mangsa daripada daripada 12 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Pengarah APM Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata,  kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai Batu Talam dipindahkan ke PPS Kampung Ulu Sungai di sini.

“Kesemua mangsa terdiri daripada 15 orang dewasa, enam kanak-kanak, tujuh warga emas, dan tiga Orang Kurang Upaya (OKU).

“Pihak APM masih terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI