fbpx

‘Saya seorang wanita, muka sahaja androgynous’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahnita mengakui mengakui wajahnya mempunyai ciri-ciri androgini iaitu memiliki sisi maskulin dan feminin.

PETALING JAYA – Bekas model dan usahawan Zahnita Wilson mengakui wajahnya mempunyai ciri-ciri androgini iaitu memiliki sisi maskulin dan feminin.

Perkara itu dikongsi pemilik nama penuh Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, itu apabila terdapat netizen yang melemparkan komen mengatakan wajahnya kelihatan seperti seorang lelaki.

“Ya saya mempunyai wajah yang sangat androgynous yang boleh memberi sisi lelaki atau wanita.

“Namun, saya boleh beri jaminan, bahawa saya adalah seorang wanita termasuk hati, badan, minda dan jiwa,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi tip yang diamalkan untuk memiliki bentuk wajah yang cantik secara semulajadi sejak bergelar seorang model sekitar usianya awal 20-an.

“Pada usia 21 tahun, saya memutuskan untuk menjadi seorang model profesional.

“Saya belajar bagaimana untuk membentuk wajah secara semula jadi dengan menggunakan beberapa teknik kawalan otot dan pergerakan gusi seperti mengunyah.

“Maafkan sekiranya ekspresi wajah saya kelihatan teruk, tabiat yang sukar dibuang. Jadi, apa lagi yang perlu saya kongsi?” ujarnya.

Zahnita kini tidak lagi aktif dalam dunia peragaan selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.

Pada akhir tahun lalu, namanya kembali menjadi bualan hangat selepas berkongsi foto matanya dalam keadaan lebam dengan mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia :kemudiannya memfailkan perceraian pada awal Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN