fbpx

Mayat bayi bertali pusat di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis telah membuka kertas siasatan susulan penemuan mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di pekarangan Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu di Pekan Rawang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata, mayat yang tiada pengenalan diri itu dijumpai oleh seorang ahli kariah surau berkenaan sebelum membuat laporan polis pada pukul 2.36 petang.

“Bayi itu lengkap berbaju putih dengan perkataan ‘Pureen’ dan berbalut kain selimut. Tiada sebarang nota ditinggalkan bersamanya manakala surau berkenaan juga tiada televisyen litar tertutup.

“Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Sila hubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI