fbpx

Duit KWSP licin dikebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun kerugian sebanyak RM666,546 selepas dipercayai terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam selepas menyedari tertipu.

Menurutnya, mangsa telah menggunakan kesemua wangnya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan turut meminjam wang ratusan ribu daripada rakan lelakinya untuk menyertai pelaburan tersebut.

“Rakannya ini langsung tidak mengetahui mangsa terperdaya pelaburan tak wujud kerana mangsa menyatakan wang tersebut ingin digunakan untuk membuat sumbangan kepada rakan lain.

“Ini kerana, mangsa ditawarkan sindiket, sekiranya melabur sebanyak RM250,000, mangsa akan menerima pulangan sebanyak RM1.5 juta dalam masa yang singkat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI