PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca baik dan cerah dilaporkan hampir seluruh negara pagi ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Walau bagaimanapun, cuaca buruk akan melanda Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga pukul 12 tengah hari.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE